About my Blog

But I must explain to you how all this mistaken idea of denouncing pleasure and praising pain was born and I will give you a complete account of the system, and expound the actual teachings of the great explorer of the truth, the master-builder of human happiness. No one rejects, dislikes, or avoids pleasure itself, because it is pleasure, but because those who do not know how to pursue pleasure rationally encounter consequences that are extremely painful.

Thursday, July 17, 2014

Milo? Maggi?

Pada zaman dahulu ketika zaman "mentelaah" , 12 tahun lepas, saya tidak ambil peduli sangat makan maggi sebab saya jenis berkira menjaga pemakanan sihat, bayangkan jika makan makanan yang bersalut lilin...kata orang maggi ada lilin ..yang menyaluti fizikal maggi sebab itu saya sangat - sangat kurang makan maggi. saya tidak tahu konspirasi disebalik makan maggi, beli maggi atau belikan maggi orang. Alhamdulillah, Allah beri saya rasa tak nak makan maggi sangat sepanjang masa ini...setelah ambil peduli pasa Palestine beberapa tahun ini, saya bersyukur Allah beri kesedaran ini.

Apakah mampu kita tak makan maggi? hahahha of course boleh tak makan maggi, carilah alternatif lain yang serupa maggi..banyakkk sangat tetapi rasa mungkin tak sama dengan maggi. It is about what we belief. Saya percaya bahawa saya akan ditanya, "APAKAH SAYA SOKONG BANGSA YAHUDI LAKNAKTULLAH SEMASA HIDUP DI DUNIA?". Saya berdoa agar Allah memberi rahmat atas usaha-usaha saya dan suami memboikot companies yang menyumbang kepada bangsa yang zalim itu. Walau pun McD beberapa meter sahaja dari office saya, saya keep on reminding my staff ,,don't - don't ever pergi habiskan duit makan kat sana walau satu sen pun.

Ini adalah rantaian ekonomi bangsa yahudi , bagaimana mereka menjana ekonomi untuk beli perluru tembak saudara seislam kita. Kalau rasa - rasa nak ada share sama beli peluru ke, roket ke, alat sensor komunikasi menjejaki orang palestine ke, beli M16 nak gertak anak-anak Palestine ke,, bolehlah membeli barangan mereka. Saya menyarankan " JANGAN BELI WALAU SATU SEN PUN".

http://www.inminds.co.uk/

"Ya Allah, tuhanku yang Maha Agung lagi Maha Perkasa, hancurkan musuh-musuh Islam. Amin ya rabbal alamin"

#MoodSemangat

credit to http://www.inminds.co.uk/

Tuesday, July 15, 2014

Bermulanya hari ini.

Bismillah.
Hari ini saya mula menjual kembali di eBay. Melihat barang-barang yang boleh di "let it go" di dalam bilik muzium saya dan hubby. Erm..ada satu 2 glass chess set yang saya beli sekitar tahun 2008. Tetapi hari ini saya memilih yang bersaiz 10"x10" untuk dijual. berkungjunglah ke eBay untuk dapatkannya. (Seller raihana.ali - new account. account lama yang sudah lupa id nya - jalan terus bak kata guru bisnes saya, puan ainon mohd.)

Harga Jualan seunit : RM 15.00/set + handling  charge : RM 10.00
Jumlah : RM25.00



Percaya atau tidak, sudah bertahun berada di rak-rak buku saya. Bila terpandang kepada chess set ini.  senyum mengenangkan "si dia" selalu menyuruh jual kan sahaja glass chess set itu, supaya ruangan piala vespanya boleh memenuhi ruang rak buku saya..tidakkkk...saya mahu rak buku saya adalah untuk buku-buku saya..tidaklah banyak bukunya tetapi ada juga koleksi buku. Ini sahaja harta yang saya ada, yang amat saya hargai. Buku-buku saya.

 Hari ini nuzul quran, 17 Ramadhan 1435H.

Sunday, July 13, 2014

Bagaimanakah harus bermula?


"Wahai Allah ,berikan daku kekuatan untuk melatih diri agar istiqamah menuju redhaMu. Amin."

Blog adalah salah satu cara mengasah fikiran untuk meluahkan apa yang difikir dengan cara yang kreatif. Mana tidaknya, bila nak tulis di blog, mesti fikir "eh, nak tulis apa hari ini supaya orang suka membacanya". Untuk kali ini, harus saya ini memikirkan juga  apakah tulisan di blog ini akan menjadi satu saham akhirat yang boleh saya persembahkan kepada tuhan yang mencipta apabila di tanya selepas kehidupan ini.

"Wahai Allah, jadikanlah blog ini sebagai saham akhirat ku yang bisa memberatkan timbangan untuk ku ke syurga Mu" -- erm..inilah impian saya setelah terpaku mendengar ceramah youtube Mufti Menk "Purpose of Creation". Allah pasti memberikan dia ganjaran kerana sudah ada manusia lain sudah mula menyebarkan usrah..halaqahnya.

--- ini linknya Purpose of Creation


Lagaknya seperti manusia insaf kembali kepada tuhanNya. Hakikatnya, manusia yang namanya hamba Allah wajib terus-menerus cari ilmu, cari hidayah..bak kata Neelofa...actually hidayah bukan datang sekelip mata - terus dapat hidayah,,tapi kena cari!. Walau pun bukan artis, tetapi pernah terjebak sekejap dalam artis teater waktu jadi "student-student" dulu, ***bff tak bagi teruskan*** , memang WAJIB kita sentiasa fikirkan apa yang Mufti Menk tazkirahkan tu..

Sebarkan salam berkasih sayang.
 Jumpa lagi

#mood selalu berubah-ubah.