Bismillah.
Hari ini saya mula menjual kembali di eBay. Melihat barang-barang yang boleh di "let it go" di dalam bilik muzium saya dan hubby. Erm..ada satu 2 glass chess set yang saya beli sekitar tahun 2008. Tetapi hari ini saya memilih yang bersaiz 10"x10" untuk dijual. berkungjunglah ke eBay untuk dapatkannya. (Seller raihana.ali - new account. account lama yang sudah lupa id nya - jalan terus bak kata guru bisnes saya, puan ainon mohd.)
Harga Jualan seunit : RM 15.00/set + handling charge : RM 10.00
Jumlah : RM25.00
Percaya atau tidak, sudah bertahun berada di rak-rak buku saya. Bila terpandang kepada chess set ini. senyum mengenangkan "si dia" selalu menyuruh jual kan sahaja glass chess set itu, supaya ruangan piala vespanya boleh memenuhi ruang rak buku saya..tidakkkk...saya mahu rak buku saya adalah untuk buku-buku saya..tidaklah banyak bukunya tetapi ada juga koleksi buku. Ini sahaja harta yang saya ada, yang amat saya hargai. Buku-buku saya.
Hari ini nuzul quran, 17 Ramadhan 1435H.
Tuesday, July 15, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Wowww!!...semakin aktif!!..Huhu!
Post a Comment